Seperti yang kita sedia maklum, pusingan kedua final 'I AM A Singer 2' di China telahpun berakhir di mana Shila Amzah hanya mendapat tempat ketiga. Namun begitu, bakat Shila tetap mendapat pujian kerana telah menunjukkan kebolehannya menari dan menyanyi menerusi lagu 'Mama'.
Bagaimanapun, perjuangan Shila melalui pentas 'I AM Singer 2' sebenarnya masih belum berakhir. Ini kerana, dia bersama 4 finalis I Am Singer 2 yang lain seperti Han Lei (China), G.E.M. (Hong Kong), Gary Chaw (Malaysia) dan Zhang Jie (China) akan berentap lagi dengan 5 finalis 'I Am A Singer pertama' esok (11 April 2014).
5 Finalis I Am A Singer musim pertama tersebut diwakili oleh Yu Quan (China), Terry Lin (Taiwan), Aska Yang (Taiwan), Huang Qishan (China) dan Peng Chia-Hui (Taiwan). Ia ibarat pertandingan terbesar yang mencari juara antara juara!
Mungkinkah Shila sekali lagi bakal menawan hati rakyat China dengan melakar kejayaan membanggakan buat Malaysia? Jawapannya hanya selepas persaingan di antara 5 finalis 'I Am A Singer 2' dengan 5 finalis 'I Am A Singer pertama' esok. Sama-sama kita nantikan!
Minit 1.89
Shila Amzah Berentap Dengan 5 Finalist Lagi
Anonymous0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →