Jutaan Bunga Warna Warni Di Tengah Padang Pasir


Malaysia patut mencontohi negara arab ini.Walaupun beriklim panas dipadang pasir,kerajaan Dubai berjaya menghidupkan sebuah taman bunga yang berwarna-warni ditengah-tengah padang pasir.Taman bunga sinonim di negara-negara beriklim sejuk,namun ia sangat indah di Dubai Miracle Garden dengan jutaaan bunga menghiasi taman ini.



Dubai Miracle Garden adalah taman bunga terbesar di dunia, berlokasi di Dubailand iaitu di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kawasan seluas 72,000 meter persegi ditumbuhi 45 juta jenis bunga warna-warni dari seluruh dunia. Bunga-bunga ini tidak hanya menghampar indah, tetapi juga dibentuk dalam pelbagai formasi seperti hati, bintang, igloo, piramid, dan pelbagai bentuk lainnya.





Fakta Ringkas:

Dubai Miracle Garden dibuka Februari 2013 yang lalu.
Nama syarikat pengembang taman bunga ini adalah Akar. Menurut syarikat ini, adalah tidak mustahil untuk mengembangkan sebuah oasis di tengah gurun pasir, melalui penggunaan air limbah dan irigasi.
Tidak hanya indah, display bunga di Dubai Miracle Garden akan terus berganti pada setiap musim.
Kalau di Eropah bunga-bunga akan mati akibat musim sejuk, namun di Dubai, puncak musim sejuk adalah waktunya bunga tumbuh subur. Sebaliknya, Dubai Miracle Garden akan ditutup pada puncak musim panas.
Dubai Miracle Garden dibuka setiap hari, 09:00-09:00, dari bulan Oktober hingga akhir Mei.
Taman bunga ini akan tutup pada akhir Mei dan dibuka kembali bulan Oktober disebabkan ketika musim panas, suhu di tempat ini rata-rata mencapai 40 darjah Celcius. Keadaan ini adalah tidak sesuai untuk tanaman bunga.


Lagi gambar-gambar menarik:































0 comment... add one now