Gambar JDT Dibaling Batu Januari -April 2014 Di Perak



Ipoh: Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak sebentar tadi menyaksikan keganasan dilakukan penyokong hingga menyebabkan jurugambar NSTP, Supian Ahmad cedera dibaling objek dipercayai batu.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan penyokong salah satu pasukan terhadap pasukan lawan tetapi mengenai kaki Supian selepas Perak kecundang 0-1 di tangan pihak lawan.



Sebelum itu penyokong JDT turut diarahkan untuk menunggu di dalam Stadium Perak sebaik perlawanan tamat bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini membabitkan kedua-dua penyokong.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di laluan keluar kedua-dua penyokong bagi menyuraikan keadaan kekecohan yang dicetuskan.

Penyokong tuan rumah yang kecewa dengan kekalahan di tempat sendiri juga dilihat enggan meninggalkan persekitaran stadium meski diarahkan petugas keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong yang enggan berganjak kerana mahu menunggu penyokong JDT keluar dari stadium.-Bharian








Insiden January 2014

Perlawanan pembuka tirai pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Perak telah dicemari dengan insiden yang memalukan apabila sebelum perlawanan bas penyokong Perak di baling bom asap manakala selepas perlawanan pula kereta pengurus pasukan Perak dibaling batu dan telah menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna pengurus terbabit pecah.

Apa sudah jadi dengan segelintir penyokong JDT ini? Adakah mereka cuba menunjukkan protes titah Tengku Mahkota Johor yang mahu semua penyokong menjaga displin atau mungkin juga ada pihak yang cuba membawa budaya Holigan dalam kancah bolasepak Johor sehingga boleh merosakkan imej korporat cemerlang yang cuba dibawakan TMJ.

Diharap pihak pengurusan dan wakil penyokong Johor menangani masalah ini dengan segera sebelum segelintir penyokong ini merasa seronok meraikan kerja gila mereka.







sumber

0 comment... add one now