Borang Pinjaman MARA 2014 Eduloan Online

Borang Pinjaman MARA 2014 Eduloan Onlime | Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon bumiputera yang berkelayakan untuk membuat pinjaman pelajaran MARA bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih. Berikut adalah cara mengemukakan permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi tahun 2014.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2014 Eduloan Online

Sila layari http://eduloan.mara.gov.my/

Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA 2014
Bumiputera Sabah/ Sarawak/ Semenanjung Malaysia
Berumur 17 Tahun dan keatas
Menuntut di IPT yang dibawah tajaan MARA

Program Dibawah Tajaan MARA
Diploma
Ijazah Pertama
Pasca Ijazah

Nota Penting

Dokumen lengkap bagi peringkat Diploma & Ijazah Pertama hendaklah dihantar dalam tempoh 2 MINGGU (7 hari ke IPT, 7 hari ke MARA) dari tarikh permohonan.
Dokumen lengkap bagi peringkat pasca Siswazah hendaklah dihantar dalam tempoh 2 MINGGU ke Bahagian Penganjuran MARA dari tarikh permohonan.
Permohonan akan terbatal dengan sendiri setelah tamat tempoh 2 MINGGU.

0 comment... add one now