8 Gambar Kemalangan Maut Isteri Adun Paloh
AnonymousIpoh: ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, 57, sebenarnya dalam perjalanan hendak bercuti bersama keluarganya apabila berlaku kemalangan yang meragut nyawa isterinya di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, Nozula ketika itu bersama sembilan ahli keluarga dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Ipoh.
Menurutnya, keluarga berkenaan berkonvoi menaiki dua kenderaan iaitu Nissan Murano dan Toyota Harrier, ketika kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang
Katanya, Nissan Murano dinaiki enam orang termasuk Nozula dan isterinya Datin Maziah Din, 57, manakala Toyota Harier dinaiki empat individu.
KEADAAN Murano yang dinaiki ADUN Paloh, selepas kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.
"Sebaik Murano dipandu anak perempuannya yang berusia 23 tahun tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba hilang kawalan akibat jalan licin kerana hujan dan kemudian merempuh tebing di laluan menuruni bukit," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, malam tadi.
Beikutan itu, katanya, isteri wakil rakyat itu yang duduk di bahagian penumpang depan parah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh.
Katanya, turut berada dalam kenderaan yang terbabas itu adalah anak lelaki Nozula berusia 19 tahun dan seorang lagi anak perempuan berusia sembilan tahun serta srorang bayi yang juga anak saudara Nozula, 20 bulan.
"Nozula bersama anaknya yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan HRPB untuk rawatan dan stabil manakala anaknya hanya cedera ringan di tangan.
"Sebuah lagi kenderaan dinaiki keluarga mangsa yang mengikut di belakang kenderaan mangsa tidak mengalami kemalangan," katanya.
Sementara itu, anak perempuannya, Norfatma Nabila, 23, yang memandu Murano ditemui berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di kampung mereka di Felda Chiku 3, Gua Musang, pagi ini.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →