3.4 KM Kedudukan Kotak Hitam MH370

Kotak hitam MH370 berada kira-kira 3.4 kilometer di kedudukan 100 darjah arah tenggara dari lokasi isyarat akustik kedua yang dikesan di dasar Lautan Hindi, pada Sabtu lalu.

Anak kapal HMAS Perth menghantar isyarat komunikasi kepada HMAS Success ketika menjalankan operasi mencari di selatan Lautan Hindi.

Lokasi berkenaan adalah jangkaan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Omar Kassim Ariff berdasarkan kaedah statistik dengna mengambil kira empat isyarat akustik yang dikesan Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield

Keghairahan dan harapan baru wujud berikutan penemuan dua isyarat baru di Lautan Hindi hujung minggu ini dan semalam namun penyiasat misteri kehilangan MH370 berhati-hati dengannya kerana isyarat itu juga boleh melahirkan lebih banyak persoalan.

Pensyarah sains lautan dan bumi Universiti Southampton, Simon Boxall berkata, pengesahan isyarat itu datang daripada penentu kedudukan Boeng 777-200ER bermakna "kemungkinan penemuan pesawat itu – atau sekurang-kurangnya kotak hitam – adalah daripada satu per sejuta hingga hampir pasti," lapor CNN.

Bagaimanapun, Angus Houston, ketua pasukan penyelamat memberi amaran tentang kesimpulan yang terlalu cepat.


"Ia memerlukan beberapa hari sebelum maklumat itu boleh disahkan ia daripada MH370," katanya.

"Dalam lautan yang sangat dalam, tidak ada apa yang boleh berlaku dengan cepat," lapor CNN berdasarkan kenyataan Ketua Marshal Udara bersara Australia yang mengetuai pusat koordinasi agensi bersama itu.

Sebuah kapal Australia yang menggunakan peralatan berteknologi tinggi dari Amerika mengesan isyarat di kawasan laluan pesawat MH370 di luar pantai barat negara itu. – 10 April, 2014.

0 comment... add one now