Gambar Keadaan Pesawat Nazi Ditemui Dalam Laut Selepas 70 Tahun

Perang Dunia Ke-2 telah menyaksikan sebagai sebuah peperangan yang paling banyak menggorbankan nyawa manusia yang berjumlah berjuta-juta orang kesemuanya..Malah, pelbagai misteri turut terungkai selepas peperangan tersebut berakhir contohnya seperti penemuan pesawat pihak Nazi yang dilaporkan hilang secara misteri pada tahun 1942..Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai penemuan tersebut, meh usha kat bawah ni..



Satu strap tali pinggang yang mempunyai lambang Nazi, pisau cukur dan sepasang kasut but merupakan antara barang-barang yang turut ditemui di dalam kapal terbang Nazi yang dilaporkan hilang 70 tahun lalu.


Barangan berkenaan dikatakan mampu membantu untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat pengangkut Luftwaffe yang baru-baru ini telah ditemui di dasar Laut Hitam oleh sekumpulan penyelam. Pesawat tersebut merupakan milik skuad 104th Transport Group Nazi dan dilaporkan hilang sewaktu dalam perjalanan untuk menjalankan satu misi ketenteraan di bahagian Timur.


Nasib pesawat dan 9 orang krew masih lagi kekal sebagai satu misteri kerana ia dilaporkan hilang pada tahun 1942.


Jurugambar dasar laut, Andrey Nekrasov, 42, adalah sebahagian daripada pasukan penyelam yang telah menemui bangkai pesawat yang terletak 23 meter dari permukaan laut di luar pantai Ukraine, berhampiran Odessa.












0 comment... add one now