Anak Dr Haron Din Dedah Air Asia Punca Ayah Masuk Wad


Dr Nurul Huda Haron adalah anak kepada Dr Haron Din kesal dengan sikap dan layanan yang diberikan oleh Air Asia kepada bapanya. Beliau mendakwa Air Asia tidak menyediakan kerusi roda kepada penumpang yang sakit seperti bapanya dan terpaksa berjalan jauh.

Air Asia berselindung disebalik slogan 'Everyone Can Fly' dan tambang murah tetapi mengenakan charge yang terselindung.

Sementera itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN).

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya, Dr. Huda Haron dan menantu, Dr. Azlin Azzuddin.
 

Turut serta Pakar Perunding Kardiologi IJN, Datuk Dr. Amin Ariff Nuruddin.
Sementara itu, Najib dalam catatan terbaharu di laman facebook beliau berkata, keadaan kesihatan Haron bertambah baik dan beliau mendoakannya kembali sihat seperti sediakala.

“Alhamdulillah, kesihatan beliau beransur baik. Sama-samalah kita berdoa agar beliau segera sembuh seperti sediakala," katanya yang turut memuat naik gambarnya menggenggam erat tangan tokoh agama itu.

Kali terakhir Haron menerima rawatan di IJN ialah pada hujung Januari lepas.

0 comment... add one now