Penyanyi terkenal dan jelita Selena Gomez digelar anak derhaka selepas memecat ibu dan bapa tirinya iaitu Mandi dan Brian Teefey.Kedua mereka ini bekerja sebagai pengurus kepada artis remaja ini bagi melancarkan kariernya.
Menurut laporan TMZ, satu sumber berkata Gomez, 21, sudah mempunyai beberapa pilihan lain antaranya pengurus Katy Perry, Bradford Cobb yang mungkin akan dipertimbangkan sebagai pengganti.
Ibu bapa Gomez telah menguruskan kariernya semenjak dia bermula di Disney. Walaupun terdapat beberapa khabar angin mengatakan ibu bapa penyanyi "Come & Get It" ini tidak menyenangi hubungannya dengan Justin Bieber kebelakangan ini, namun Gomez masih mengekalkan hubungan rapat dengan mereka.
Dalam perkembangan lain, hubungan Gomez dan Bieber dikatakan bertaut kembali apabila mereka dilihat bersama di studio rakaman di Miami baru-baru ini.