Selepas reda isu Shila Amzah mengenakan skirt pendek dengan seluar legging warna kulit,ND Lala yang merupakan bapanya mengaku salah kerana membiarkan Shila berskirt pendek dan bertudung.ND Lala tampil kepada media hari ini menjelaskan adalah tidak adil untuk terus menghukum Shila kerana dia hanya dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Setiap manusia memang tidak terlepas untuk melakukan kesilapan.
“Mesej dari saya biarlah Shila dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Cuma sebagai bapa, saya sentiasa berharap agar Shila akan sentiasa memperbaiki kehidupan dari hari ke hari.”Menurut ND Lala yang ditemui pada sidang akhbar Konsert Love Shila Amzah In Malayasia di Menara KL, beliau memberitahu kekangan masa dan kostum terhad menjadi punca kenapa bekas kekasih Sharnaaz itu terpaksa mengenakan skirt pendek dan legging berwarna kulit.
“Sebenarnya ketika Shila telah diminta oleh lima buat stesen televisyen di sana secara tiba-tiba untuk membuat rakaman dan ia diadakan pukul 1 pagi tanpa kehadiran penonton.
“Memandangkan kekangan waktu untuk pulang ke hotel dan kembali ke studio rakaman dalam tempoh dua jam, saya tidak fikir semua krew yang terlibat boleh menunggu untuk memulakan rakaman itu pada pukul 3 atau 4 pagi.
“Jadi, Shila terpaksa pakai apa yang ada dan ia seperti warna kulit. Sebagai bapa, saya ada di sana dan letak kesalahan itu kepada saya.”