Harta Karun Bernilai Berbilion Ringgit Dalam Gua Pulau Nangka Melaka


MELAKA: Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini.

Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

"Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya.

Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.

"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri.

Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus.

Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.

Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas.

Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka.

Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.

Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas.

Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam.



MELAKA: Antara teori mengenai harta karun yang ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan namun masih tidak luput sehingga ke hari ini.
Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.
Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.
Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.
Beliau menulis: "Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan).
"Gabenor (Alfonso d' Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut. 
Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar."
Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu.
Menurut catatan sejarah, harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal 'Flor de la Mar' adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan.
Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi 'Flor de la Mar' itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511.
Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu.
Terbaharu apabila usaha berkenaan dilakukan oleh seorang bekas ahli politik.-mStar

0 comment... add one now