TORONTO: Seorang pengajar simulator penerbangan yang berpakaian kasual ketika muncul sepanjang liputan stesen televisyen CNN mengenai kehilangan pesawat MH370 dipecat selepas majikannya mendakwa beliau berpakaian seperti seorang remaja dan “memalukan rakyat Kanada di seluruh dunia.”
Pemilik syarikat uFly, Claudio Teixeira, berkata beliau memecat Mitchell Casado kerana beliau enggan berpakaian secara profesional dan kerap datang lewat ke tempat kerja.
Gaya berpakaian santai Casado yang hanya berseluar jeans dan kemeja corak berkotak menarik perhatian meluas ketika liputan berterusan CNN berkaitan kehilangan pesawat MH370.
Wartawan CNN, Martin Savidge dan Casado membuat liputan lintas langsung berjam-jam dari kokpit tiruan di pejabat uFly berhampiran Lapangan Terbang Toronto. Model simulator syarikat itu adalah yang sama dengan pesawat MH370.
Teixeira berkata, Casado tidak datang bekerja Selasa selepas pelanggan membuat tempahan.
“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini beliau pernah diberi amaran,” katanya. - AP
Punca Pengajar Simulator MH370 Dipecat
Anonymous0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →