Tiada Permintaan Dari Juruterbang MH370 Dan Pembantu Untuk Terbang Bersama

Tiada Permintaan Dari Juruterbang MH370 Dan Pembantu Untuk Terbang Bersama | Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan juruterbang dan pembantu tidak meminta untuk penerbangan bersama ke Beijing.


Beliau yang juga menteri pertahanan bagaimanapun berkata, polis menggeledah rumah juruterbang yang mempunyai simulator penerbangan dan rumah pembantu juruterbang itu semalam.

‎Hishammuddin juga mengatakan bahawa Malaysia sentiasa berkerjasama dengan agensi penguatkuasa antarabangsa semenjak hari pertama sekaligus menafikan laporan media antarabangsa yang mengatakan kerajaan menolak bantuan polis antarabangsa Interpol untuk mengesan lokasi pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

Awal hari ini ABC News melaporkan Malaysia berkali-kali menolak bantuan Interpol untuk mencari pesawat MH370.

Tambahnya, siasatan kini bukan sahaja tertumpu kepada semua anak kapal dan penumpang pesawat MH370 tetapi termasuk kakitangan di lapangan.

"Semalam penguatkuasa daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah menggeladah rumah juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah). Mereka bercakap dengan ahli keluarga kapten dan pakar kini menyiasat simulator penerbangan miliknya.

‎"Polis juga menyiasat rumah pembantu juruterbang (Fariq Abdul Hamid). Mengikut MAS juruterbang dan pembantunya tidak meminta untuk dijadualkan dalam penerbangan yang sama," katanya.

‎Sementara itu CNN melaporkan, perisikan rasmi Amerika Syarikat (AS) tertumpu pada teori "siapa yang berada di kokpit" dipercayai sebagai petunjuk kehilangan misteri pesawat itu.

Pendedahan itu disusuli dengan laporan pihak berkuasa yang menggeledah rumah juruterbang iaitu pada hari sama sidang media khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu pesawat itu berpatah balik dan dipercayai tindakan dilakukan seseorang dalam pesawat.

Seorang pegawai AS yang tidak mahu dikenali ‎namanya memberitahu CNN bahawa keputusan menggeladah rumah juruterbang dan pembantunya dilakukan dalam tempoh 24 hingga 36 jam, apabila radar dan data satelit dapat dilihat.

Pegawai itu menekankan bahawa kesimpulan terakhir sudah dimuktamadkan dan pihak risikan dalaman juga melakukan perbincangan berdasarkan penilaian awal sehingga kini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya mengesahkan bahawa polis‎ menyiasat simulator penerbangan yang dibina di rumah Zaharie di Shah Alam semalam.

Berdasarkan pemerhatian CNN yang berada di kawasan itu, kelihatan dua van membawa bersama beg kecil, bagaimanapun tidak dapat dipastikan adakah polis mengambil beg tersebut. – 16 Mac, 2014.

0 comment... add one now