SEPANG 15 Mac - Lebih 300 petugas media daripada lebih 100 media agensi seluruh negara terpaksa beratur panjang untuk mendaftar hari ini selepas dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang akhbar tergempar pada pukul 1.30 petang ini.
Sidang akhbar tersebut yang masuk hari kelapan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu dijangka memberikan maklumat baharu berhubung kehilangan pesawat itu.
Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan sidang akhbar itu berhubung kait dengan satu laporan media oleh AP yang memetik dakwaan seorang pegawai kerajaan Malaysia bahawa pesawat itu dirampas dan dakwaan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'. - UTUSAN ONLINE
update
Pesawat MH370 Di Bawa Ke Tempat Lain,Pencarian Di Laut China Selatan Di Hentikan Serta -Merta