Ini kerana mereka telah mendaftar masuk dan bagasi telahpun dimasukkan ke dalam pesawat.
Walaupun tidak ada maklumat daripada MAS sama ada mereka mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Terminal Udara Kuala Lumpur di KL Sentral, kegagalan mereka muncul dalam pesawat yang hilang selepas 49 minit berlepas menjadi tanda tanya.
Namun, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) semalam menafikan ketidakhadiran mereka mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat terbabit.
Terpaksa keluarkan bagasi Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata bagasi mereka terpaksa dikeluarkan kerana pemiliknya gagal mendaftar diri di balai berlepas dan tidak memasuki pesawat.
“Berikutan itu kita terpaksa mengeluarkan bagasi terbabit berdasarkan prosedur ditetapkan pada peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun ini adalah prosedur biasa dan tiada kena mengena dengan kehilangan pesawat atau dua lelaki menaiki pesawat menggunakan pasport palsu,” katanya ketika ditemui BH di sini semalam.
Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.