MH370 Dikhuatiri Digodam Melalui Telefon Bimbit

MH370 Dikhuatiri Digodam Melalui Telefon Bimbit
LONDON 17 Mac - Bekas penasihat Kementerian Dalam Negeri Britain, Dr. Sally Leivesley mendakwa, pesawat MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu dikhuatiri menjadi mangsa ‘rampasan melalui serangan siber’ yang pertama di dunia.

Portal berita theweek.co.uk yang memetik kenyataan Leivesley berkata, penggodam mungkin menggunakan telefon bimbit untuk mengubah kelajuan dan altitud pesawat sehingga menyebabkan ia terhempas. - AGENSI



SYDNEY 17 Mac - Kerajaan Australia tidak mempunyai maklumat yang menunjukkan pesawat MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu, memasuki ruang udara berdekatan negara ini selepas pesawat itu dipercayai terbang berhampiran kawasan barat Perth, kata Perdana Menteri Tony Abbott.

Bagaimanapun Abbott berkata, semua agensi yang berkaitan akan membantu memberikan maklumat yang mungkin dapat membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu.

"Tiada data yang menunjukkan pesawat itu menghampiri Australia," katanya. - AFP -Utusan

0 comment... add one now