SIDANG media Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam merungkaikan beberapa aspek penting dalam pencarian MH370.
Aspek penting didedahkan adalah pesawat sebelum ini didakwa membuat pusingan balik adalah milik MH370.
Maklumat terbaharu ini menguatkan lagi teori rampasan dibangkitkan ramai pihak.
Namun, jika benar pesawat ini dikawal seseorang bagaimana cara ia dilakukan?
Pesawat Boeing 777 ini bukan sembarangan pesawat, ia adalah pesawat dilengkapi ciri keselamatan yang canggih.
Ini termasuk, pintu menghubungkan kokpit dengan pesawat hanya boleh dibuka dari kokpit.
Sumber enggan namanya didedahkan memberitahu, jika seseorang mahu merampas pesawat, adalah sukar untuknya memasuki kokpit.
Ini kerana, hanya juruterbang dan pembantu juruterbang sahaja yang boleh membuka pintu tersebut.
"Ia sukar dilakukan melainkan mendapatkan bantuan 'orang dalam'. Jika ini berlaku adalah lebih mudah seseorang merampas pesawat," katanya.
Jika seseorang mampu memasuki kokpit pesawat, transponder boleh dimatikan secara manual kerana transponder mudah dikendalikan.
Namun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana siasatan masih berjalan.
Apabila ditanya adakah wujud cara lain untuk mengawal pesawat selain dari memasuki kokpit, beliau berkata, terdapat cara lain namun sukar dilakukan.
Jika seseorang mempunyai kemahiran tinggi dalam menggodam, tidak mustahil mampu menggodam sistem pesawat.
Ini kerana, pesawat Boeing 777 mempunyai sistem berkomputer iaitu 'fly by wire system' yang mungkin boleh digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi.
Katanya, terdapat dua cara untuk seseorang menggodam pesawat MH370 iaitu melalui kokpit pesawat dan di bawah unit kompartmen kargo.
Untuk menggodam dari kawasan kargo pesawat pula, masih sukar dilakukan kerana perlu melalui kawasan kabin kru tetapi boleh dilakukan.
"Agak sukar dilakukan berseorangan. Mungkin ia dilakukan secara berkumpulan, minimum tiga orang," katanya.
Jika usaha merampas ini dilakukan oleh sekumpulan individu dan dibantu orang dalam, adalah tidak mustahil pesawat MH370 mampu dialihkan dari laluan asal Beijing.
Teori rampasan ini perlu dilihat ke arah rampasan dibuat bukan untuk membuat sebarang tuntutan.
Ini kerana, sehingga ini belum ada sebarang tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak.
Berkemungkinan juga pesawat ini membawa individu berkepentingan atau seseorang berkemahiran tinggi sehingga ada pihak yang mahu merampasnya.
Teori rampasan ini juga boleh dikaitkan dengan mungkin pesawat ini membawa sesuatu yang bernilai tinggi dalam kargo sehingga adalah pihak yang mahu menghalangnya dari jatuh ke tangan seseorang.
Sumber menegaskan, sehingga kini radar tentera negara hanya dapat mengesan pesawat sehingga ke Selat Melaka iaitu di Pulau Perak.
Oleh demikian, Malaysia kini sedang berunding dengan negara-negara jiran termasuk Thailand, Myanmar, Bangladesh dan India untuk berkongsi maklumat dalam radar pesawat.
"Apa yang penting adalah kita mahu pastikan sama ada benar pesawat ini terbang menuju ke atas atau menuju ke Lautan Hindi," katanya.
Katanya, jika pesawat menghala ke utara, radar dari India dan Bangladesh pasti mampu mengesan pesawat.
"Saya tidak pasti pula dengan kemampuan radar Myanmar, namun jika pesawat ini melalui negara tersebut, pastinya China akan dapat kesan kerana negara itu terletak bersebelahan," katanya.
Apa yang penting sekarang adalah Malaysia perlu dapatkan data radar dari India dan Bangladesh untuk mengesan pergerakan pesawat MH370.
Godam Sistem Dan Rampas Pesawat Secara Berkumpulan
Anonymous1 comment... add one now
Unknown
4:32 PM
Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan FOLLOW blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →