Chandler (Arizona): Seorang wanita dituduh cuba membunuh suaminya yang menjalani rawatan di hospital dengan memasukkan najis ke dalam saluran intravena.
Polis di Phoenix berkata, Rose Mary Vogel ditangkap kelmarin atas tuduhan membunuh selepas seorang jururawat mendapati wanita berusia 65 tahun memasang saluran intravena yang mengandungi bahan berwarna coklat pada suaminya.
Polis berkata, wanita itu ialah bekas jururawat di hospital berkenaan.
Kejadian berlaku selepas lelaki berusia 66 tahun itu menjalani rawatan jantung. Dia bagaimanapun dikatakan tidak dalam bahaya.
Rose diikat jamin sebanyak AS$100,000 (RM320,000) sementara menanti untuk dihadapkan ke mahkamah. - AFP

click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.