Gambar Kerabat Diraja Cari Cincin Ratusan Ribu Untuk Neelofa

Gambar Kerabat Diraja Cari Cincin Ratusan Ribu Untuk Neelofa-Sudah menjadi kebiasaan dunia selebriti apabila dikaitkan dengan golongan VVIP atau kerabar diRaja.
Malah Murai Batu tak hairan jika ada sesetengah selebriti wanita yang terjun ke dalam bidang seni semata-mata untuk menarik perhatian golongan ini supaya dijadikan isteri atau paling tidak pun teman wanita.

Terbaru Murai Batu difahamkan ada kerabat diRaja yang telah berkunjung ke sebuah butik barangan kemas mewah antarabangsa di Pavilion untuk bertanyakan berkenaan sebentuk cincin berlian bagi dihadiahkan kepada kekasih hatinya.

Khabarnya, kerabat diRaja itu sangat simple orangnya dan beliau tidak memerlukan pengiring yang ramai untuk menemaninya membeli-belah, sekali pun untuk masuk ke butik barangan kemas berkenaan.

Daripada info yang Murai Batu dengar, kerabat itu sangat ringkas dan datang ke butik berkenaan dengan hanya menyarungkan seluar denim dan kasut jenis loafer.

Khabarnya, pemuda yang hanya ditemani seorang pengiring atau pembantu itu telah bertanyakan tentang sebentuk cincin berlian yang khabarnya bernilai ratusan ribu ringgit.

Mungkin ramai yang tertanya, bagaimana Murai Batu tahu bahawa cincin yang dicari oleh kerabat itu ditujukan untuk seorang selebriti wanita popular?

Jawapan Mura Batu senang saja, kalau tak ada angin, bagaimana pokok bisa bergoyang?

Untunglah nasib selebriti wanita terkenal itu. Sudahlah cantik, ada kekasih yang sudi menghadiahkan dengan sebentuk cincin berjenama mewah. Pasti ramai wanita di luar sana yang akan makan hati.

Mungkin juga cincin yang dicari itu merupakan cincin melamar atau bertunang kerana kejadian itu berlaku sebelum Ramadhan lalu lagi.

Murai Batu: Tak pernah ada jejaka yang teringin belanja Murai Batu makan di tempat mahal.

0 comment... add one now