Lagi Gambar Mewah Pertunangan Sarimah Dengan Cucu Raja

Lagi Gambar Mewah Pertunangan Sarimah Dengan Cucu Raja-Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah.
 
And..... were engaged!!!  Itulah luahan Sarimah Ibrahim, 36, apabila dia selamat bertunang dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra dipanggil Jamie, 42, kelmarin di sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.

Untuk makluman, majlis pertunangan itu telah dimulakan dengan acara merisik dan bertukar barangan hantaran.

Ibu saudara kepada Tunku Jamie, Datin Raja Massaha Raja Harun telah menyarung cincin pertunangan ke jari Sarimah.





Pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang dan dibalas lima oleh pihak perempuan.

Menurut Sarimah, dia dan tunangnya Jamie sudah sepakat memilih 2 April 2015 sebagai tarikh perkahwinan.


"Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti," ujar Sarimah dipetik sebagai berkata.



Apa yang menarik, majlis pertunangan tersebut turut dihadiri oleh nenek Jamie iaitu Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin, ibu bapa kedua belah pihak iaitu Tunku Dara Naquiah Alharhum Tuanku Jaafar, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, Ibrahim Ahmad dan Elizabeth Hanlon dan saudara-mara juga rakan-rakan terdekat pasangan itu.

Tahniah diucapkan!
















sumber-myartis.com

0 comment... add one now