Tambang Bas Dan Teksi Naik Harga

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yąng mengumumkan kenaikan itu hari ini berkata, ini adalah semakan semula pertama bagi tambang bas dan teksi sejak enam tahun lalu.

Menurut Spad, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bąhru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50.
(gambar hiasan)
KUALA LUMPUR - Tambang teksi dinaikkan ąntara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.

Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan cąj perjalanan sejąuh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80.

Spad juga sedang mempertimbang untuk menąikkan tambang perkhidmatan keretą api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.-SinarHarian

0 comment... add one now