Shila Amzah Berjaya Ke Final I Am Singer

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shila Amzah berjaya mara ke final pertandingan ‘I Am Singer’ musim kedua yang akan berlangsung Jumaat ini di China.

Shila bakal berentap bersama tujuh lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia),  Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan  Zhou Bichang (China).

Shila yang kini berada di China berasa amat bersyukur dan teruja dengan kejayaan ini.

“Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final nanti.

"Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya untuk malam final nanti dan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong” kata Shila Amzah di dalam satu kenyataan media dari Warner Music Malaysia.

Shila turut memuatnaik gambarnya di media sosial sewaktu menghadiri sesi latihan sebelum pertandingan berlangsung.

a

Pada peringkat akhir nanti, peserta akan menyanyi di dua pusingan di mana yang pertama mereka akan  berduet bersama artis pilihan dan nyanyian solo pada pusingan kedua.

Hanya lima peserta yang mendapat undian tertinggi akan mara ke pusingan kedua iaituGrand Finale.

Shila menyertai I Am Singer bermula pada minggu ketujuh dengan mendendangkan lagu'Xiang Ni De Ye’ yang bermaksud ‘Dikala Malam, Ku Merinduimu’ dan lagu tersebut telah melonjakkan nama Shila di persada antarabangsa.
a
I am Singer merupakan satu pertandingan nyanyian di China yang disertai oleh bintang-bintang yang sudah mempunyai nama besar.

Pemenang pertandingan ini akan ditentukan melalui undian penonton.

Penonton juga boleh mengundi secara online di laman web Weibohttp://vote.weibo.com/vid=2578278

-astroawani



0 comment... add one now