Beliau berkata terdapat kes di mana projek-projek yang dicadangkan mendakwa bahawa beliau mempunyai 20 atau 30 peratus kepentingan di dalamnya ."Bagaimana ketua-ketua jabatan boleh meluluskan projek-projek tersebut tanpa memeriksa fakta dengan saya? " tanya Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang.
KUALA LUMPUR: Mereka yang melobi projek menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor bermungkinan besar permohonannya akan ditolak serta-merta.Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menggesa jabatan , agensi dan kementerian agar tidak meluluskan cadangan projek yang menggunakan namanya.
"Sesiapa yang menggunakan nama saya , saya minta pejabat dan kementerian tidak meluluskannya ," kata beliau pada majlis himpunan tahunan Skuad Sayang di Hotel Sri Pacific di sini, Isnin.
Rosmah berkata cara terbaik untuk memeriksa masalah itu ialah dengan menolak serta-merta orang-orang yang menggunakan namanya .
" Saya juga tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa. Tandatangan saya tidak bernilai ," tegas beliau.
Terdahulu , Rosmah membuatkan ahli-ahli Skuad Sayang tersentuh apabila beliau berkata Najib telah mengarahkan beliau untuk menghadiri perhimpunan itu walaupun terpaksa merangkak ke hotel.
"Saya tak sihat. Saya demam malam tadi dan tekak saya sakit . Tetapi suami saya suruh hadir walaupun saya terpaksa merangkak kerana dia tidak mahu saya mengecewakan orang-orang yang mengambil bahagian dalam acara ini, " katanya.
Rosmah juga berkata Najib telah menelefon Dr Quack bagi mendapatkan penawar.
"Saya menggunakan ubat Cina - Saya rebus badam dengan daun pudina selama empat hingga lima jam, tambah kurma merah dan ia membantu melegakan masalah kahak saya," katanya , sambil menambah beliau hanya mengambil ubat penahan sakit untuk tidur.
Dalam perkembangan yang lebih serius , Rosmah melahirkan rasa kecewa terhadap mereka yang cuba melemahkan kepimpinan Najib .
Beliau berkata pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin telah meminta untuk bertemu dengan Najib , tetapi ia menjadi halangan di dalam negara walaupun mereka dari parti yang sama.
"Jangan menikam kawan dari belakang. Mari kita sama-sama bersatu. Kadang-kadang , saya rasa sedih melihat suami saya.
"Jika dia minta tolong, tolonglah dia," katanya-mStar