Sebuah Ambulan yang balik dari perjalanan menghantar pesakit telah bertembung dengan mangsa kemalangan di lebuhraya LPT.Penunggang motosikal yang cedera berada di lorong sebelah.Pemandu Ambulan ini mungkin tak berfikir panjang lantas berpatah balik dengan membahayakan berpuluh nyawa semata-mata untuk selamatkan satu nyawa.
Beliau berkata, mengikut laporan awal diterima, pemandu ambulans Hospital Raub dikatakan sebelum itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar pesakit ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh.
Perkara itu dijelaskan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar selepas menerima laporan mengenai kejadian itu, namun menegaskan siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menilai kewajaran tindakan pemandu terbabit.
“Kira-kira lima kilometer dari Plaza Tol Karak, mereka ternampak satu kemalangan membabitkan motosikal dan orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meminta bantuan mereka,” katanya, semalam.
Menurutnya, pemandu ambulans berkenaan sudah melepasi lokasi kemalangan dan selepas membuat pertimbangan untuk menyelamatkan nyawa penunggang motosikal itu yang memerlukan rawatan segera, mereka berpatah balik ke lokasi kejadian.
Apapapun tahniah kerana selamat dalam aksi merbahaya ini.Kalau terjadi kemalangan,confirm pemandu ambulan tersebut akan dihukum seadilnya.