Sejak kontroversi wartawan melayu dan hutang AndyLala dengan artis veteran,nama Shila Amzah hilang senyap bersama gosip panas tersebut.Kelmarin nama Shila Amzah timbul kembali kerana diangkat sebagai ikon untuk parti UMNO.Pelik juga,apa sumbangan Shila Amzah untuk parti itu selama ini ye?Oh rupanya dia dipilih kerana mengharumkan nama di peringkat antarabangsa.
Shila Amzah yang menerima anugerah itu sepatutnya berfikir panjang kerana dia bakal kehilangan peminat.Mungkin separuh dari peminat bakal boikot dia kerana memihak kepada parti politik yang tidak sama dengan peminat.Bagi yang tak kisah bagus la.
Dari laman facebook Shila Amzah mula digelar macai.Ada yang mempertikai gelaran ikon kerana Shila Amzah sering terlibat dengan kontroversi.
Dan shila rasanya dia dah tak kisah sangat mengenai peminat atau media di Malaysia kerana sibuk dengan karier di Negara China yang lebih lumayan.