Subsidi minyak bagi RON95 dan Diesel dihapuskan pada malam ini pada pukul 12.01 serentak dengan penurunan harga minyak RON95 dan Ron97 turun 4 Sen dan 9 Sen.Ia bermula 1 Disember 2014.
Menerusi pengumuman rasmi Jabatan Kementerian Kewangan Malaysia, harga runcit bagi RON95 akan turun sebanyak 4 Sen seliter menjadikan harga terkini RON95 adalah RM2.26 sen seliter berbanding RM2.30 seliter. Manakala RON97 pula akan mencatat penurunan sebanyak 9 Sen Seliter menjadikan harga RON97 mulai 1 Disember 2014 adalah RM2.46 seliter berbanding RM2.55 Sen.
Namun, Diesel pula mencatat kenaikan harga sebanyak 3 Sen seliter iaitu RM2.23 Seliter daripada RM2.20 seliter. Terdahulu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan subsidi bagi RON95 dan Diesel dihapuskan sebaliknya mengikut harga pasaran dunia.
Walaubagaimanapun, jika harga pasaran semasa kedua-dua bahan api tersebut naik pada paras yang tinggi, pihak Kerajaan akan melaksanakan harga runcit kawalan bagi mengawal kenaikan tersebut.-melvister
Harga Terkini RON95 Dan RON97 Mulai 1.12.2014
- RON97 – RM 2.46 seliter (Sebelum RM2.55)
- RON95 – RM 2.26 Seliter (Sebelum RM2.30)
- Diesel – RM 2.23 seliter (Sebelum RM2.20)