Hotel biasanya akan diberikan tahap kiraan bintang untuk membezakan tahap kemewahan yang disediakan sesebuah hotel tersebut.Rating tertinggi dinilai dari segi layanan,kemudahan dan hiburan terbaik. Namun begitu tahukah anda terdapat sebuah hotel yang mempunyai nilai 'kosong bintang' yang terletak di bunker bawah tanah di Switzerland. Dikenali dengan nama Null Stern Hotel, hotel ini tidak menyediakan televisyen, dan bilik mandi peribadi. Kos untuk penginapan selama satu malam adalah sebanyak €6-€18 Euro (RM 40-120).
Mungkin juga hotel ini diberikan gelaran 0 bintang kerana kat bawah tanah.. mana nak nampak bintang-bintang..yer tak??