Akhbar sebelum ini pernah melaporkan kisah hidup warga emas berkenaan yang mendakwa dilahirkan pada tahun sama dengan pahlawan Melayu Kelantan, Tok Janggut atau Mat Hassan Munas iaitu 1853.
Walau bagaimanapun, tarikh lahir yang tercatat pada kad pengenalannya ialah 18 Disember 1919.

PASIR MAS 24 Nov. – Seorang warga emas yang didakwa berusia 161 tahun meninggal dunia di rumah*nya di Kampung Pohon Gelugor, Chetok, di sini malam tadi.Mat Salleh Ali atau lebih dikenali sebagai Tok Ayah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.45 malam di samping ahli keluarganya.
Anaknya, Osman 61, berkata, sebelum meninggal dunia, bapanya mengalami demam sejak tiga hari lalu.
Beliau berkata, bapanya itu tidak pernah sakit sebelum ini dan masih mampu melakukan rutin harian.
“Sehinggalah beberapa hari yang lepas, arwah demam dan kami lihat dia sudah tidak bermaya lagi.
“Sepanjang waktu itu ayah hanya berzikir dan kemudiannya pergi meninggalkan kami,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah*ya hari ini.
Osman memberitahu, jenazah bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Batu kira-kira pukul 11 pagi ini.
Tok Ayah, anak kedua daripada enam beradik meninggalkan lebih 50 cucu dan 20 cicit.