Rungutan dan usikan Rozita Che Wan selaku isteri yang mengatakan diri beliau berisi badan membuatkan Zain Saidin sendiri bersemangat untuk mendapatkan badan tegap.
Malah selepas tiga bulan menjaga diet yang betul selain melakukan senaman, Zain kini berbangga kerana cita-citanya untuk menjadi daddy fit akhirnya tercapai.
"Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi.
"Setakat ini nak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran," katanya yang dihubungi BH Online, sebentar tadi.
Zain turut memberitahu beliau juga akan memberi perhatian untuk mengadakan kelas kecergasan seperti mana yang pernah dilakukan Atilia, Sharifah Sakinah dan Shiha Mentor tidak lama lagi.
Dalam pada itu, pengusaha jenama Padusi itu turut ditanya mengenai akaun Instagram anaknya yang diwujudkan peminat. Kata Rozita setakat ini, sudah ada lebih 10 akaun Instagram yang diwujudkan oleh pengikutnya.
"Memang seperti kami cakap sebelum ini, tiada hasrat untuk wujudkan akaun rasmi Instagram untuk Aaisyah seperti mana anak artis lain. Akaun sendiri pun tak terlayan macam mana nak uruskan akaun anak pula.
"Setakat ini saya sudah tanya pengurusan Laugh Out Loud Entertainment mengenai kewujudan akaun Instagram Aaisyah dan mereka katakan selagi gambar yang dimuat naik bersifat positif, lalu tiada sebab untuk kami menghalang. Ia masih terkawal," kata Rozita.-bharian
Malah di laman Instagram, Zain sendiri dengan bangganya menayang gambar badan sasanya. Bagi Zain, sejak dulu lagi beliau selesa berbuat demikian apatah lagi pernah bergelar jurulatih kecergasan sebelum menceburi dunia lakonan.
"Saya tak kisah orang nak cakap diri ini menunjuk badan atau tak. Tapi saya secara tak langsung mahu memberi contoh kecergasan dan kesihatan yang baik untuk pengikut di laman bergambar popular itu. Malah saya sendiri sudah membuka akaun Instagram khas di bawah nama @nozainnogain.
"Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi.
"Setakat ini nak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran," katanya yang dihubungi BH Online, sebentar tadi.
Zain turut memberitahu beliau juga akan memberi perhatian untuk mengadakan kelas kecergasan seperti mana yang pernah dilakukan Atilia, Sharifah Sakinah dan Shiha Mentor tidak lama lagi.
"Tapi itu tidak bererti lakonan saya akan letakkan noktah. Ia sebagai jaminan masa depan," katanya.
Sementara itu, Rozita yang berada di sebelah Zain sewaktu dihubungi menjelaskan, beliau turut berkobar-kobar untuk menurunkan berat badan. Ketika mengandung, berat badannya mencecah 75 kilogram. Kini selepas bersalin beratnya sudah turun 69 kilogram.

"Saya pun nak ke gim untuk turunkan berat badan menjadi 49 kilogram," katanya yang akan kembali aktif mulai Januari depan di lapangan dunia seni.