Bagi wanita yang tak pernah menghadapi sakit senggugut ketika haid,anda patut baca artikel dibawah ini untuk persediaan.Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermaksud pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan lain-lain masalah sakit puan.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.
Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan senggugut:
1. Amalkan sikap positif dan bertenang.
Jangan fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara yang menyenangkan cikpuan. Banyakkan berzikir dan berdoa.
2. Banyakkan Berjalan, Kekal Aktif
Pakar kesihatan mengesyorkan wanita kekal aktif ketika tidak haid dan meneruskannya ketika haid kerana ia membantu mengurangkan kesakitan ketika haid. Sakit senggugut lebih terasa pada mereka yang kurang cergas.
3. Awasi Garam dalam Makanan
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid akan bertambah. Makanan ringan antara yang mengandungi garam berlebihan. Elakkannya beberapa hari sebelum kedatangan haid.
4. Gunakan pad pemanas
Pad pemanas boleh dibeli di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Cara yang lebih murah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuaman. Cik puan juga boleh mandi air hangat/suam untuk mengurangkan kesakitan.
5. Urut
Urutan mampu melegakan kesakitan kerana kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Cik puan juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.
6. Minum air suam.
Elakkan ais dan minuman sejuk, pilih air suam. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum selepas ia suam.
7. Berjumpa doktor
Berjumpa doktor jika sakitnya sangat teruk. Kerana senggugut sekunder merupakan salah satu tanda untuk penyakit lain seperti endrometriosis, fibroid dan jangkitan kuman pada otot pelvik.