Seorang pecinta kucing telah memuatnaik gambar kisah sedih seekor kucing comel yang telah dianiayai dengan cara kejam sekali.Kucing tidak berdosa ini seolah disiksa sebelum dibunuh.
Seekor kucing jalanan ditemui mati dan badan kucing itu terburai. Kejadian itu berlaku di Seberang Perai, Pulau Pinang. Pihak berkuasa juga mendakwa tidak ada apa yang boleh mereka lakukan. Kenapa manusia tergamak melakukan perkara sedemikian? Sakit Mentalkah pelaku tersebut yang menganiayai binatang?
Seorang warga Pulau Pinang, Azra Azreen selalu memberi makanan kepada seekor kucing jalanan dibelakang rumah beliau di Taman Cenderawasih. Beliau juga menamakan kucing tersebut sebagai Socky.
Sudah menjadi lumrah kucing yang terbiar akan berasa takut dan akan melarikan diri apabila didekati oleh manusia. Pada 24 November, Azra terkejut apabila baru pulang dari rumah selepas bekerja apabila menjumpai Socky yang telah mati di tengah sebuah padang. Leher dan dua kaki depannya diikat dengan tali rafia.
Tidak cukup dengan itu, Socky juga dibunuh dengan kejam. Perutnya terburai dan najis kucing tersebut terkeluar dari perut binatang tersebut. Bagi pencinta haiwan sudah pasti berang bagaimana seseorang boleh melakukan perkara yang sekejam ini. Azra juga telah membuat satu laporan tentang kejadian tersebut namun hampa. Pihak berkuasa mendakwa tidak boleh berbuat apa-apa walaupun jika terdapat saksi kejadian. Azra kemudian memuat naik satu status di halaman Facebook mengenai kejadian tersebut dan meminta pengguna Facebook untuk berkongsi status beliau dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak haiwan di negara ini yang diketahui masih lemah.-source