Ramai mengetahui pelakon Nur Fazura ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan TMJ satu masa dahulu.Tiba-tiba mereka berdua putus cinta bawa diri masing-masing sehinggalah TMJ dan sorang lagi ex bf nya berkahwin lain.Kini hanya tinggal dia seorang sahaja yang belum kahwin.
Fazura mengakui beliau mengalirkan air mata ketika menonton lakonannya dalam Manisnya Cinta di Cappadocia terutama membabitkan babak putus cinta lebih lebih lagi karakter yang dibawanya dalam filem itu mempunyai persamaan dengan dirinya.
“Kematangan Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang seorang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai,” ujarnya kepada Malaysian Digest.
“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi”
Manisnya Cinta di Cappadocia merupakan filem adaptasi novel karya Anis Ayuni yang diarahkan oleh Bernard Chauly & bakal ditayangkan di pawagam mulai 11 Disember nanti.-sumber