Negara paling rendah di dunia ini adalah Republik Maldives.Pulau yang terkenal dengan batu karang terbesar ini berada di Lautan Hindi.
Male', Ibunegara Republik Maldives
Negara ini merupakan negara dengan populasi dan luas wilayah terkecil di kawasan Asia.Tinggi rata-rata permukaan tanah di Maldives adalah 1.5 meter di atas permukaan laut, hal ini menjadikannya negara dengan permukaan terendah di seluruh dunia. Puncak tertinggi Maldives hanya 2.3 meter di atas permukaan laut sehingga negara ini juga dikenal sebagai negara yang memiliki puncak tertinggi paling rendah di dunia.
Republik Maldives terdiri daripada 26 atol
Keadaan ekonomi Maldives bergantung pada dua sektor utama, iaitu pelancongan dan perikanan. Negara ini sangat dikenali kerana memiliki banyak pantai yang indah dan pemandangan bawah laut yang menarik.