Ketika sedang bercinta,aksi ciuman penuh kasih sayang boleh meninggalkan kesan gigitan cinta yang merah pada leher.Kesan lebam ini tentu akan memalukan apabila dilihat keluarga atau rakan-rakan.Ada juga yang jenis tak malu,malahan bangga lagi tayang sana-sini.Kepada yang malu atau takut kantoi boleh la ikuti tips dibawah untuk hilangkan kesan ciuman pada leher.
Dapatkan kain atau saputangan,letakkan ais didalam,kemudian tekapkan bungkusan ais sejuk itu secara memutar dan seolah memicit perlahan-lahan. Jangan menekan terlalu kasar kerana akan memburukkan lagi bekas gigitan.Jika dalam 48 jam bekas gigitan tersebut tidak hilang, tuam dengan benda yang hangat pula. Ini akan membantu mengurangkan rasa sakit dan timbulnya bengkak di leher.
Boleh juga menggunakan bawah putih yang ditumbuh halus.Kemudian tekapkan pada bekas gigitan tadi.
Cara paling paling ringkas adalah mengenakan tudung bagi perempuan dan bagi lelaki mengenakan baju yang berkolar menutupi leher.