Baru berusia 16 tahun sudah terjebak dalam aktiviti mel#acur.Kesian ketika di usia remaja diratah lelaki hidung belang.Semua kerana terpedaya dengan sindeket cari kerja.
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Dua gadis warga Vietnam ini memasuki Malaysia kerana tertarik dengan tawaran pekerjaan bergaji lumayan.
Namun, tanpa disangka-sangka, mereka akhirnya terperangkap dan diserahkan kepada ejen untuk menjadi pekerja seks di sebuah pusat urut di Puchong, Selangor.
Nasib malang dua gadis berusia 16 tahun itu bagaimanapun berakhir apabila sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor menyerbu premis terbabit semalam, dan menyelamatkan mereka.
Jurucakap polis memberitahu, dua remaja itu adalah antara 61 wanita warga asing yang ditahan kerana disyaki menawarkan khidmat pel#curan dan berselindung di sebalik pekerjaan sebagai tukang urut di tiga premis berasingan di sekitar Puchong.
Katanya, kesemuanya terdiri daripada 51 orang warga Vietnam, Thailand (9) dan Laos (1).
Jelasnya, dalam serbuan pertama di Jalan Bandar 19, seramai 26 wanita warga Vietnam dan seorang wanita berasal dari Laos ditangkap.
“Dalam serbuan itu, kami menemukan pelbagai alatan yang dipercayai digunakan untuk khidmat seks antaranya minyak pelincir, tuala dan kondom. Wang tunai berjumlah RM9,021 juga dirampas.
“Ketika serbuan itu, kita mengesan seramai 22 pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks,” katanya di sini hari ini.
Dalam serbuan kedua di sebuah lagi premis mengurut di Jalan Puteri 5/20, Bandar Puteri, kata jurucakap tersebut, seramai 23 wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 34 tahun ditangkap.
“Kita juga menemukan pelbagai bahan yang dipercayai digunakan bagi tujuan kegiatan pel@curan. Seorang penjaga premis iaitu lelaki tempatan turut ditahan,” katanya.
Jurucakap itu berkata, serbuan ketiga di premis tiga tingkat di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, seramai 11 wanita warga asing ditangkap bersama seorang pekerja lelaki warga Myanmar.
“Sembilan wanita itu berasal dari Thailand manakala dua lagi dari Vietnam. Dua warga Vietnam itu adalah gadis bawah umur iaitu berusia 16 tahun.
“Kita akan serahkan gadis itu kepada Unit Antipemerdagangan Orang (ATIP) untuk siasatan lanjut. Setakat ini kita mengesyaki gadis itu turut menawarkan khidmat pel@curan kepada pelanggan di situ,” katanya.-utusan