Apa yang menarik lagi selain daripada cahayanya yang terang dan datang dengan pelbagai pilihan warna, lampu LED ini menggunakan sedikit sahaja tenaga eletrik. Dikatakan bahawa penggunaan lampu jenis ini akan dapat mengurangkan penggunaan eletrik di rumah kita sebanyak 40%.
Lampu ini mampu menjimatkan tenaga elektrik kerana hanya menghasilkan tiga watt tenaga selain mampu mengurangkan pemanasan global yang menjadi isu hangat diperbahaskan.
Pengurus Sokongan Aplikasi Pencahayaan Philips ASEAN, Matthew Cobham, berkata lampu LED juga mesra alam kerana sumber pembuatannya tidak mengandungi raksa dan mempunyai jangka hayat lebih lama.
“LED adalah inovasi terkini yang mampu melindungi alam sekitar terutama dari kebocoran raksa di samping ia sebagai contoh teknologi yang tidak melupakan tahap efisyen tenaga malah LED adalah jawapan kepada isu peningkatan kos elektrik,” kata Cobham.
Katanya, kestabilan lampu LED membolehkannya tahan lebih lama yang turut mengurangkan kos penyelenggaraan kerana pengguna tidak lagi perlu kerap menukar mentol malah ia 10 kali lebih cerah.
“Saya ingin memaklumkan, jika semua lampu di Asia Pasifik ditukar kepada pencahayaan cekap tenaga seperti LED, bil elektrik akan berkurangan sehingga 40 peratus,” katanya.
Cobham berkata, ia turut mengurangkan kos tenaga setiap tahun iaitu RM195 bilion, mengurangkan 245 ton pe ngeluaran karbon dioksida setahun, 55 juta tong minyak setahun dan mengurangkan 190 tapak pemprosesan tenaga.
Pengumuman Kerajaan Malaysia mengenai kenaikan tarif elektrik membebankan namun dengan lampu LED, ia penyelesaian terbaik yang mengurangkan masalah kepada pengguna walaupun kos membelinya sedikit mahal.
“Lampu LED sangat bersesuaian sama ada untuk rumah atau pejabat kerana ia memiliki 16 juta warna berlainan malah jika digunakan di dinding, ia memberi warna mengikut ke sesuaian dan boleh ditukar bila-bila masa.
Contohnya, pengguna tidak lagi perlu menukar cat jika mahu warna yang baru tapi cukup dengan menukar lampu LED memberikan kepelbagaian warna dikehendaki di din ding rumah atau pejabat.-hmetro