Kisah
teladan kali ini ialah mengenai seorang wanita yang dimasukkan ke dalam
neraka hanya disebabkan penganiayaan terhadap seekor kucing. Semoga
kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua terutama kepada
mereka yang gemar memelihara binatang peliharaan.
Imam al-Bukhari (
3318, 3482) meriwayatkan bahawa dari Ibn Umar bahawa Nabi saw bersabda:
Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia
tidak memberi makan dan tidak membiarkannya makan serangga di bumi.
Rasulullah saw telah melihat wanita itu berada di neraka manakala
baginda melihat syurga dan neraka dalam solat gerhana.
Dalam
sahih al-Bukhari dari Asma’ Binti Abu Bakar bahawa Nabi saw bersabda :
Lalu neraka mendekatiku sehingga aku berkata : Ya Rabb aku bersama
mereka?. Aku melihat seorang wanita. Aku sangka wanita itu diserang oleh
seekor kucing. Aku bertanya: Bagaimana ceritanya ? mereka berkata : Dia
menahannya sehingga mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan
tidak pula membiarkannya mencari makan sendiri.
PENGAJARAN.
1- Menyeksa binatang termasuk dosa besar yang perlu dihindari
2- Diharuskan memelihara haiwan peliharaan dengan dijaga keperluannya seperti memberi makan dan minum.
3- Di akhirat manusia diazab sesuai dengan dosa yang dilakukannya semasa di dunia.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
Kucing Punca Wanita Ini Masuk Neraka
Anonymous0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →