Gambar Amuk 7 Lelaki Rempuh Surau Baling Arak



Surau mantin,india,amuk,baling arak,pagar surau,cermin pecah
NILAI: Tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 23 tahun ditahan kerana terbabit dalam kejadian amuk dan merempuh pagar dan memecahkan cermin surau di sebuah pangsapuri di Mantin di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tujuh lelaki terbabit yang dipercayai mabuk dikatakan berang apabila perbuatan minum arak di sebuah pondok berhampiran surau itu, ditegur seorang lelaki yang berada di dalam kawasan berkenaan.

Difahamkan, suspek yang tidak berpuas hati kemudian menaiki sebuah van lalu merempuh pintu pagar surau terbabit sebelum membaling botol arak dan batu ke dalam kawasan itu, mengakibatkan beberapa cermin pecah.

Seorang penduduk enggan namanya disiarkan berkata, lelaki yang menegur perbuatan kumpulan itu mengalami luka ringan pada tangan akibat terkena serpihan kaca dan menghubungi polis untuk bantuan.

"Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengesan kumpulan terbabit dan menahan mereka bersama seorang rakan perempuan di kawasan itu," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, berkata kejadian itu berpunca akibat salah faham dan tidak membabitkan isu perkauman atau keagamaan.

"Kita menganggapnya kes terpencil dan selesai dengan penahanan semua suspek terbabit. Polis berharap kes ini tidak dimanipulasi mana-mana pihak kerana jelas tidak membabitkan isu keagamaan dan perkauman," katanya.-Bernama

INFO : Amuk merujuk kepada tingkah laku seseorang yang, ketika dipengaruhi oleh perasaan yang kuat, memperoleh sebilah senjata dan memulakan serangan sembarangan, seringnya dengan pembunuhan berbilang. Sebagai contoh, perkataan ini boleh digunakan untuk memerihalkan Pembunuhan Beramai-ramai Politeknik Ecole. Pihak polis Amerika Syarikat memerihalkan perbuatan ini sebagai "pembunuhan beria-ia". 'Amuk' juga bermaksud "mudah tersinggung".
Sesetengah sumber telah mengenal pasti orang Melayu sebagai bangsa yang mempunyai kecenderungan untuk mengamuk dan oleh itu, menyebabkan amuk menjadi satu contoh sindrom budaya terikat, serta sesuatu yang cukup sinonim dengan bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia. Perkataan "amuk" merupakan salah sepatah perkataan yang telah dipinjam oleh bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu, dan dieja sebagai amok.

0 comment... add one now