Teka-teki percintaan Hans Isaac dan Neelofa tercetus sejak dua tahun lalu, namun masing-masing tidak pernah tampil memberi pengesahan sebaliknya lebih selesa menyembunyikan daripada pengetahuan umum. Desas-desus mengenai hubungan mereka lebih hangat diperkatakan apabila Hans memberi kenyataan kononnya akan berkahwin hujung tahun ini.
“Justeru saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua,” kata pelakon dan pengacara, Noorneelofa Mohd Noor atau Neelofa, 25, mengenai hubungannya bersama pelakon juga penerbit, Hans Isaac.
Bagaimanapun, Neelofa yang baru saja memenangi anugerah Pengacara Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2013 baru-baru ini tampil membuat pengakuan terbuka semalam kepada Harian Metro selepas tidak tahan lagi sering dikaitkan dengan aktor terkenal itu.
Namun, pengacara program Nona dan MeleTop itu tidak sedia berkongsi punca perpisahan sebaliknya hanya menyifatkan tiada jodoh.-hmetro
info: Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksuall tidak wujud.
Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.
Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino, sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.
Info : Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih(yang halal)berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.
Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita mencintai orang lain.Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini bermula pecahan-pecahan cinta.
Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.