Simpan Mayat Anak Leukemia Dalam Peti Sejuk Selama 6 Tahun-Tian Xueming, 54 tahun, seorang tukang kayu
di perkampungan di Selatan China tak dapat menerima hakikat kematian
anak lelakinya. Akibat itu, dia menyimpan mayat anaknya yang berusia 18
tahun di dalam peti sejuk beku. Setelah 6 tahun menyimpannya, berita ini
tersebar ke serata dunia. Anaknya meninggal dunia akibat leukemia.
Sebelum ini, Tian mempunyai seorang anak perempuan namun mati juga sebab
jatuh sakit. Kali ini, Tian betul-betul tak dapat terima hakikat.
Selepas kematian anak lelakinya, Tian menyimpan mayat anaknya ke dalam peti ais agar dia dapat melihat anaknya setiap hari untuk melepaskan rindunya. Malah, mereka suami isteri akan duduk di hadapan peti ais untuk berborak-borak dengan si mati. Kalau anak lelakinya masih hidup, dia kini akan berusia 24 tahun.
Lagi hebat, Tian siap membina generator sendiri dikhuatiri jika berlakunya gangguan bekalan elektrik di kawasan tersebut. Kalau tak, busuklah mayat anak dia tu.
Info : Leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih, leukosit (inggeris = leukocyte). Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (''hematological neoplasms'').