Farhan Tunjuk Bukti Berdarah Di Cakar Abby Abadi


Berita terkini punca Abby Abadi bercerai kerana dera suami sendiri iaitu Muhammad Nor Farhan Che Bakar. Pada 11 Jun 2014, media digemparkan dengan pengakuan Farhan yang mendakwa dirinya telah didera secara emosi dan fizikal oleh bekas isterinya Abby Abadi. 

Turut disertakan bukti bergambar dan laporan polis yang mendakwa perbuatan tersebut dimana insiden itu terjadi sebelum pasangan itu bercerai. Untuk info, Abby Abadi dan Farhan kini telah sah bercerai talak satu pada 11 Jun 2014 di Makhamah Syariah Gombak Timur. Lafaz cerai yang difailkan pada 29 Mei 2014 telah ditangguhkan kepada 11 Jun 2014 berikutan pihak makhamah menerima dua kali permohonan cerai oleh Nor Farhan. Terdahulu, pasangan ini juga telah mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu.

0 comment... add one now