So, citernya bulan lepas balik dari keje, kete aku rosak, aku call bini aku dan ckp aku balik lambat sebab kena menapak. sebab lapar sgt, masa balik tu, aku singgah kedai makan.. ada telur rebus! apelagi..........., aku makan nasi dengan telur rebus lah dan order lagi wat ratah.
Sebelum balik aku bgkus lak, wat makan smbil bjalan balik. kenyang yang amat, mklumlah balas dendam sebab lama tak makan.
Buke je pintu rmh, bini aku ckp "abg, ada 'surprise'.." smbil sengih2 dia tutup mata aku dan ikat dengn kain hitam dan pimpin aku ke meja makan. Aku pun duduk, dia siap pesan jangan try2 nak buka ikatan.
Aku nak gi toilet sebab perut start buat hal, tapi malas nak spoilkan 'surprise' bini. Aku pun tahan je le dulu..
Tetiba fon bini aku berbunyi, dia angkat dan gi jauh dari meja. Aku agakla, sampai ke dapur dia pegi.
Peluang ni, aku pun kentut sebab dah dr td aku tahan.. bau bleh tahan sebab makan banyak telur..ok, lg skali.. aku pun angkat sbelah punggung dan lepas lagi satu das!
PRUTT! bau memang hangit, aku pun tak tahan.. lama plak bini aku ni, aku sebenar nak tau surprise dia. Aku rase ank kentut lg.. aku bangun, tonggeng dan PROTT!!.. fuhh lega. bau macam bangkai.. dekat 2,3 minit baru bau hilang..
Pastu bini aku datang & mintak maaf sebab lambat, dia pun jerit 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABG!!' Lupe lak harini bday aku, dia suh aku buka kain penutup mata, aku buka.. mulut aku terus melopong..
ALAMAK!!! aku tengok merah padam muke bapak dan mak mertua aku, adik2 ipar aku, duduk keliling meja mkn. Bos n jiran sebelah rumah aku pun ade?! Aku nk cover malu, aku pun tanya la bapak mertua aku, 'dah lama ke bapak smpai?' Slamber je bapak mertua aku jawab '"dah lama, sbelum kentut pertama lagi!!"
INFO : Kentut dibebaskan dengan tekanan melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur bertenang secara sengaja atau tidak sengaja. Ini membebaskan gas dari rektum bahagian bawah. Asasnya ini terjadi apabila tekanan kentut dalam rektum melampaui keupayaan sfinkter dubur untuk menahannya. Bergantung kepada keadaan semasa sfinkter(tenang/tegang) dan kedudukan punggung, ini seringkali menghasilkan sama ada bunyi bergemerisik atau bunyi trumpet, tetapi ia juga boleh berlaku secara senyap. Komponen olfaktori kentut termasuk sebatian skatole, indola dan sulfur. Gas tidak berbau kebanyakannya merupakan nitrogen (dihadam), karbon dioksida (dihasilkan oleh organisma aerobik atau dihadam), dan hidrogen (dihasilkan oleh mikrob yang sama), termasuk juga sejumlah kecil oksigen (ditelan) dan metana (dihasilkan oleh organisma anaerobik).
Kentut merupakan gas boleh terbakar, kerana metana dan hidrogen yang boleh terbakar, dan keduanya terdapat dalam kentut. Apa yang kurang diketahui ialah menyalakan mancis akan menghilangkan bau dari kentut. Ini kerana bau kentut datangnya dari hidrogen sulfida (dari makanan) yang akan terurai kepada wap air dan sulfur dioksida apabila diberi haba.