Canggih Basikal Dengan Teknologi Pintar Dari Samsung

Canggih Basikal Dengan Teknologi Pintar Dari Samsung-Siapa tak kenal jenama Samsung,kalau awal dulu kemunculannya diragui,namun setelah menawarkan telefon pintar canggih dengan harga rendah,ia menjadi pilihan ramai kita semua.Kini syarikat tersebut menjadi gergasi teknologi diseluruh dunia.Samsung yang berasal dari Korea selatan ini menghasilkan teknologi pintar pada hampir semua barang elektrik dan kini beralih pada kenderaan pula.

Samsung kini menghasilkan basikal pintar yang dipanggil Smart Bike.Umum mengetahui kebiasaan sesebuah basikal tidak memiliki cermin padang belakang seperti kereta atau motosikal. Prototaip basikal pintar ini dilengkapi sistem keselamatan buat penunggangnya. Ia dilengkapi sistem pendakap magnetik yang membolehkan telefon anda diletakkan pada bahagian pemegang. Telefon anda kemudian boleh digunakan bagi mengawal sistem kamera belakang dan pancaran laser basikal ini.

Sistem kamera belakang memudahkan penunggang melihat apa ada di belakang mereka tanpa menoleh. Sistem laser pula menetapkan jarak selamat untuk kenderaan lain mengekori basikal yang ditunggang.



Info : Samsung diasaskan pada 1969, dan salah satu daripada subsidirinya, Samsung Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia.
Buat masa sekarang, Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu Telekomunikasi (Telefon bimbit dan Rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah (termasuk televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor.
Samsung (bermaksud "tiga bintang" dalam Bahasa Korea) ditubuhkan oleh Lee Byungchul. Samsung Electronics ialah salah satu anak syarkat Samsung Group.
Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya.

0 comment... add one now