Kumpulan A Mexico Tumpaskan Cameroon 1-0


Natal: Mexico bangkit menumpaskan Cameroon 1-0 dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan A setelah dua jaringan awal dibatalkan pengadil kerana offside.

Penyerang Oribe Peralta muncul wira selepas menjaringkan gol pada separuh masa kedua dalam permainan yang dikuasai Mexico.
Sebelum itu dua gol Giovani Dos Santos yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan dibatalkan kerana offiside namun ulang tayang menunjukkan keputusan pengadil adalah salah.

Dengan keadaan hujan lebat, Mexico memecah kebuntuan pada minit ke 61 apabila Peralta menolak bola masuk ke gawang setelah percubaan awal Dos Santos diselamatkan penjaga gol Cameroon, Charles Itandje.

fifa 2014,mexico cameroon,berita piala dunia


Cameroon cuba mendapatkan gol penyamaan namun beberapa percubaan berbahaya di akhir permainan berjaya dikekang pertahanan Mexico.

MEXICO: Ochoa, Rodriguez, Marquez (c), Herrera, Layun, Dos Santos, Moreno, Guardado, Peralta, Aguilar, Vazquez.

CAMEROON: Itandje, Assou-Ekotto, Nkoulou, Djeugoue, Song, Moukandjo, Eto'o (c), Choupo Moting, Chedjou, Mbia, Enoh

PENGADIL: Wilmar Roldan (COL)

0 comment... add one now