Gambar Cantik Baju Raya Diana Danielle 2014

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi,banyak butik sibuk menaja dan jadikan artis sebagai  model untuk larikan pakaian raya  mereka.Begitu juga dengan Diana Danielle,satu majlis pelancaran koleksi rekaan baju Hari Raya terbaru Melinda Looi iaitu Emel by Melinda Looi di Menara Kuala Lumpur telah diadakan dan Diana antara selebriti yang hadir.











Sebanyak 36 koleksi baru diperkenalkan pada majlis tersebut dan 20 daripada koleksi berkenaan merupakan gabungan idea bersama Diana Danielle sendiri.

Ini kata-kata dari Diana Danielle:
"Selalunya artis akan menjadi model untuk koleksi-koleksi baju terbaru tetapi saya gembira kerana diberi peluang untuk memberikan idea dalam penghasilan baju raya pada tahun ini.

"Dapat dilihat, baju yang saya reka lebih feminin dan berkonsep sederhana. Berbeza dengan Melinda yang lebih berkonsep avant garde,"

Sementara itu, koleksi baju raya yang berharga RM280 hingga RM480 boleh dibeli menerusi laman web Melinda  dan butik Melinda Looi yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar di sini.

Sebahagian daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada pesakit-pesakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

0 comment... add one now