Video Jennifer Lopez Dedah Aset Ketika Pembukaan Piala Dunia 2014

Jennifer Lopez,Piala Dunia 2014,info piala dunia,negara rasmi,brazil,bola sepak 2014,jadual bola,
Video Jennifer Lopez Dedah Aset Ketika Pembukaan Piala Dunia 2014 | Kejohanan Piala Dunia 2014 telah dibuka secara rasmi awal pagi tadi menerusi satu persembahan menakjubkan dari tiga selebriti hollywood terkenal iaitu Jennifer Lopez, Pitbull dan artis kelahiran Brazil, Claudia Leitte.

Majlis berprestij tersebut berlangsung di Arena de Sao Paulo, Brazil dengan disaksikan kira-kira satu bilion penonton di seluruh dunia menerusi kata televisyen.

Pastinya, penampilan Jennifer Lopez paling mencuri tumpuan apabila tampil hampir bogel sehingga aset miliknya hampir terdedah kesemuanya.

Wanita berusia 44 tahun ini turut tampil terlalu menggoda sehingga memukau puluhan ribu penonton yang membanjiri stadium berkenaan.

















Info : Piala Dunia FIFA 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20 yang akan berlangsung di Brazil. Ini merupakan kali kedua Brazil menyelenggarakan kejohanan Piala Dunia(setelah 1950). Kejohanan ini juga merupakan Piala Dunia FIFA pertama yang diselenggarakan di Amerika Selatan sejak Argentina 1978. Sebelumnya tidak ada negara Amerika Selatan yang menyelenggarakan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali.

Pada 07 Mac 2003, FIFA mengumumkan bahawa kejohanan itu akan diadakan di Amerika Selatan untuk pertama kalinya sejak Argentina menjadi tuan rumah pertandingan itu pada tahun 1978, selaras dengan dasar menggilirkan hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia di kalangan konfederasi yang berbeza. Pada 03 Jun 2003, Gabungan Bola Sepak Amerika Selatan CONMEBOL mengumumkan bahawaArgentina, Brazil, dan Colombia mahu untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014. Pada 17 Mac 2004, persatuan-persatuan CONMEBOL telah mengundi sebulat suara untuk menerima pakai Brazil sebagai calon tunggal mereka.
Brazil secara rasmi mengisytiharkan pencalonan pada Disember 2006 dan diikuti Colombia beberapa hari kemudian. Tawaran Argentinatidak pernah menjadi kenyataan. Pada 11 April 2007, Colombia secara rasmi menarik balik tawaran itu, Naib Presiden Colombia Francisco Santos Calderón mengumumkan bahawa bukankah Colombia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 FIFA 2011. Dengan perkembangan ini, Brazil menjadi satu-satunya calon rasmi untuk menjadi tuan rumah acara tahun 2014. Brazil memenangi hak untuk menjadi tuan rumah acara itu pada 30 Oktober 2007 sebagai satu-satunya negara yang memasuki proses pembidaan.

0 comment... add one now