Menurutnya, bayinya dalam keadaan berjaga, selamat dan ‘dilindungi Tuhan.’ Perbuatan Shona Carter yang dilakukannya ketika berkahwin dengan Johnathan Brooks di Riplet bulan lalu mengundang kecaman banyak pihak.
Beberapa komen yang mempertikaikan tindak-tanduknya mengancam melaporkan perkara itu kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.

Pasangan yang tinggal di Jackson, di Nashville itu dipercayai menimang bayi perempuan mereka, Aubrey sebulan sebelum mereka berkahwin.
Gaun yang dipakai pada majlis itu dipercayai berharga kira-kira RM1,300 hingga RM4,500 dan digubah bagi membolehkan bayi itu diheret bersama.

Shona tidak mengendahkan pandangan orang ramai sebaliknya berkata, dia tidak pernah kesal dengan keputusannya.


Inilah bayi comel yang diheret ibunya
Kesian...apa sajalah yang bayi sekecil ini tahu
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.