Kepada pasangan suami isteri yang berada jarak jauh dan saling merindu.Boleh la gunakan jaket berpeluk jarak jauh ini.Sekurang-kurangnya boleh melegakan sedikit resah gelora rindu.Teknologi berpeluk jarak jauh ini diberi nama Like-A-Hug itu
disiarkan semalam di dalam laman web perekanya, Melissa Kit Chow,
berfungsi dengan cara mengembung seolah-olah berpeluk apabila pemakainya
menekan butang Like pada setiap komen atau ulasan di dalam laman sosial itu.
Jaket Khas Bolehkan Pengguna Facebook Berpeluk Jarak Jauh
SAN
FRANCISCO 6 Okt. - Institut Teknologi Massachusetts (MIT) berjaya
menghasilkan jaket khas yang membolehkan pengguna laman sosial Facebook
berpelukan antara satu sama lain tidak kira berapa jauh jarak mereka.
Menurut
laman web itu lagi, Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton
di Makmal Media MIT bagi menghasilkan jaket hitam berkenaan.
"Like-A-Hug membolehkan
pelukan dibuat melalui Facebook, membuatkan kita merasa dekat walaupun
sebenarnya jauh," kata Chow yang mengulas rekaannya itu.
Sekiranya penghantar pesanan dan penerima memakai Like-A-Hug, mereka boleh saling berpelukan antara satu sama lain.
Chow
yang berkelulusan dari Sekolah Rekaan Harvard menggambarkan dirinya
seorang yang peka dengan interaksi sekeliling setiap hari bagi
membangkitkan pengalaman sentuhan semula jadi. - AFP