Kecoh sekejap di media sosial malam semalam dan awal pagi ini mengenai satu anak patung yang kerasukan.
Kelihatan anak patung ini ditinggalkan dibawah satu pokok dan matanya ditutupi kain dengan kalimah suci Allah.
Menurut pemilik asal anak patung ini, anak patung ini akan bergerak sendiri. Bertukar kedudukan dan menunjukkan riak muka sedih atau senyum.
Ada bukti gambar yang ia tersenyum. Memang menyeramkan.
Oleh itu pemilik menutup mata sebelum meninggalkan anak patung berhantu ini supaya ia tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah. Macam kes kucing yang dipotong misainya tidak dapat mencari rumah tuan.
Kelihatan penduduk taman yang kecoh dan seorang ahli agama atau ustaz yang memeriksa anak patung yang dikatakan berhantu itu.
Ini pula satu tweet menceritakan bahawa anak patung ini akan bergerak sendiri apabila tiada orang.
Kedudukannya akan teralih atau beralih dengan sendiri. Kerana ketakutan pemilik menutup pandangan anak patung dengan kain putih dan ikat anak patung tersebut ke pokok berkenaan.
Daripada gambar besar diatas, kita tidak nampak pula tali yang mengikat pinggang anak patung ini.
Pemilik asal juga memberitahu bahawa ini bukan aksi jenaka atau ilmu hitam.
Carian di internet mendapati insiden ini berlaku di Singapura dan bukannya di Malaysia. Anak patung berhantu ini dikenali sebagai misteri "Hougang Doll" yang seram.
Gambar koleksi anak patung porcelin.
Memang tidak dinafikan wujud makhluk halus atau jin yang dikenali oleh umum dengan panggilan hantu.
Tetapi penulis pasti ini cuma satu eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang ramai. Adakah aksi ini berjaya menarik perhatian orang ramai.
Kenapa? Pemiliknya menghantar mesej mengenai asal usul anak patung berhantu ini ke Facebook Ghost Files Singapore dan terus tutup akaun tersebut. sumber