Beberapa hari lepas heboh di laman sosial mengenai pakaian Shila Amzah yang memakai skirt dengan seluar legging ketat berwarna kulit.Ramai yang mengkritik fesyen Shila Amzah kerana tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.
Hari ini Shila Amzah melalui pengurusnya Ong Peng Chu menjelaskan spekulasi yang tersebar tidak benar dan dilakukan oleh individu yang berniat untuk menjatuhkan reputasinya.
“Sebenarnya dia pakai seluar berwarna coklat. Ada orang sengaja nak buat cerita tak betul. Saya tak boleh komen sebab saya pun tak baca (lagi) apa dia orang sebar di FB (Facebook) dan Twitter."video skirt bertudung SINI
Ketika gambar diambil dia terbabit dalam sebuah program TV dan memang jelas dia memakai seluar. Boleh lihat di YouTube. Rasanya gambar yang disebarkan itu sudah diubahsuai (daripada gambar asal).”